Monday 22 October 2012

Cinta

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayangtarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaanemosikelakuanpemikiran,persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.
Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi.
Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih(yang halal)berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta.Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya.
Cinta yang pertama ialah mencintai Allah dan RasulNya,lebih dari kita mencintai orang lain.Kedua adalah mencintai makhluk Allah,dan di sini bermula pecahan-pecahan cinta.
Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus

Sunday 30 September 2012

Tawa N Duka

DuKa
mengapa telaga bahagia sukar tuk ditimba

Tawa..
kerana penimba terlalu cetek dgn hujan kestian

Tawa
mengapa sungai kasih sayang tetap mengalir walaupun dicemari kekecewaan?

Duka...
kerana kasih sayang tak kan dikebumikan walaupun maut melamar..

Duka..
masih banyakkah lagi rumput kecurangan
yang masih bertapak ditanah setia?

Tawa.
selagi rumput kecurangan masih di simbah dgn
hujan hipokrit,hujan dendam ,hujan pembohongan dan ia ttp
akan subur di tanah setia..

Tawa..
andainya telah pupus puisi tawa adakah syair..
sendu akan begema?

DuKa....
Selagi ada senyum dalam tawa dan selagi ada ..
tangis dalam sendu maka puisi dan syair ..
akan berlagu ,akan medayu,akan merintih syadu..

Monday 20 August 2012

Friday 3 August 2012

Cinta itu Anugerah

Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia hilang.
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan
Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.
Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.
Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.
Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuat kepastian… gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.
Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala -galanya.
Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.
Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati
Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.
Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.
Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.
Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR
Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya
Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Saturday 16 June 2012

Pengorbanan

Hidup ini memerlukan pengorbanan,,,tak kira,,pengorbanan harta,,jiwa,,hayat,,or mcm2 lg,,,tak lengkap hidup nie,,tanpa pengorbanan,,,,cinta juga memerlukan pengorbanan,,bukan cinta namanya kalau tiada pengorbanan,,,adakah anda sanggup bekorban??sanggup or tak sanggup,,hurm,,jika sanggup,,pastikan pengorbanan anda,,btul,,,jgn bunuh diri plak,,2 bkn pengorbanan,,:),,


                                                                                               _secret heart_mBoyZ_

Saturday 9 June 2012

~4 my beloved~n.s,,

Today, my last day in this mortal world,,, to which I love,,, sorry, he never told the truth,,,, and never bring happiness in your heart for this,,, tq ,,, why would survive to this day, from dawn break of dawn, I wait a text from you,,, but,, till the sun sets, one text, not even, I think,,, maybe you are busy ,,, maybe,, hurm, you deserve it for me like this,,, hurm,,, I want you to know, I love you very much,,, this year,,, you will not receive text,, or anything from me again,, ok,,, sorry love, I man a coward for you,, you look for a better man than I,, hurmm,,, bye my endless love,,,

p.s__ not a fake,,, it is true,,, for nur.s,,,:):):):")___


_secret heart_maaf untuk sekian kali,,soryy,,im not perfect!

Friday 8 June 2012

Syukurlah n Insafilah

Kehidupan adalah anugerah Ilahi,,,anugerah memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita sbg manusia,,kita wajib bersyukur n menghargai pemberiannya,,internet adalah kemudahan yg dberikan,,jd,,manfaatkanlah ia utk kesejahteraan kita n umat sejagat,,,sentiasa beringat,,bahawa,,apa yg kita lakukan akan dpertanggungjawabkan pd kemudian hari,,,

Gunakan sebaik baiknya kurniaan Allah S.W.T kpd kita,,halalkan kegunaan akal,,hati n lidah pd perkara yg membawa kecermelangan diri ddunia n d akhirat,,ingatlah yg hidup pasti akan mati,,,sesungguhnya tiada insan yg sempurna d dunia yg fana ini,,,allah azza wajalla,,,

_secret heart_(------)

Thursday 31 May 2012

Buat Awk

buat awak yang saya sayang...

terima kasih atas semuanya...
memberi peluang saya menjadi insan teristimewa
dalam hidup awak...

buat awak yg saya sayang

walaupun saya tiada disisi awak
saya tetap menyayangi awak
saya tetap ingat kat awak...

buat awak yang saya sayang..
saya sayang awak,
biar pun kita jauh saya tetap sayang awak,
biar pun kita jarang jumpe saya tetap sayang awak,
biar pun awak mcm mane saye tetap sayang awak,
pendek kata saya mmg sayangkan awak...

buat awak yang saya sayang...

walaupun awak bukan yang pertama
tapi bagi saya awak tetap yang pertama

buat awak yang paling saya sayang...
terima kasih kerana sentiasa sabar ngan sikap saya,
buat awak yang paling saya kasihi...
terima kasih kerana masih setia ngan saya,walau pun saya ni banyak kekurangan,
buat awak yang sentiasa dalam ingatan saya.....
terima kasih kerana hanya awak merindui saya
terima kasih...terima kasih...
walau pun saya jarang bagitau awak yang saya sayang dan rindu pada awak
tapi...dalam hati saya ni selalu ingat dan sayang awak...

[Cerpen] Saya Sayangkan Awak

Awak, saya sayang sangat kat awak. Saya impikan pelbagai impian yang indah-indah belaka dengan awak. Waktu awak cakap awak cintakan saya, saya rasa macam tak caya. Saya rasa saya beruntung sangat sebab awak jatuh cinta dengan saya. Saya terlalu banyak kelemahan jika nak di bandingkan dengan wanita-wanita lain. Ntah la. Walaupun dah berkali-kali awak tegaskan awak memilih saya kerana saya sangat istimewa di mata awak, namun saya tetap rasa kerdil jika nak dibandingkan dengan awak. Mana taknya, awak sangat popular kat tempat awak belajar. Melalui kenalan saya yang belajar satu universiti dengan awak, awak ramai sangat peminat. Awak seorang yang baik dan mudah mesra dengan sesiapa pun. Tak hairanlah kalau awak menjadi pujaan pelajar-pelajar perempuan kat universiti termasuk kat universiti saya sekali. Awak ingat tak masa awak datang kat universiti saya untuk menyertai pertandingan pidato, cukup ramai pelajar-pelajar perempuan dari pelbagai universiti cuba menarik perhatian awak. Tapi saya tengok awak tak cuba mengambil kesempatan pun. Awak Cuma tersenyum bila kawan-kawan awak usik awak. Time tu terserlah lesung pipit awak kat pipi kiri awak. Awak nampak sweet sangat. Selama tiga hari awak kat universiti saya, saya Cuma pandang awak dari jauh je. Nak tegur saya malu. Apa yang paling buat saya makin jatuh cinta dengan awk ialah kemerduan suara awak masa awak melaungkan azan. Sungguh... saya benar-benar jatuh cinta dengan alunan azan yang awak laungkan. Rasa syahdu sangat sampai bergenang air mata saya time tu. Saat tu hati saya mula membisikkan sesuatu. Saya benar-benar dah jatuh cinta dengan awak. Saya ingat lagi peristiwa yang membuatkan mimpi saya menjadi kenyataan. Awak ingat tak hari terakhir awak kat universiti tempat saya belajar? Lepas solat subuh kat masjid saya cepat-cepat bergegas nak balik asrama saya sebab subuh tu nampak macam nak hujan. Saya tak bawa payung, jadi saya kena cepat-cepat balik bilik. Tapi, belum pun setengah perjalanan saya, hujan turun lebat sangat, siap dengan angin yang kencang, guruh dan kilat lagi. Saya dah tak tentu arah time tu sebab saya takut sangat dengan bunyi guruh. Lagipun saya sedang jalan kat kawasan padang rumput, jadi saya tak dapat berteduh kat mana-mana. Dari jauh saya nampak pondok rehat kat tepi pokok rambutan yang selalu saya lepak time petang. Saya cepatkan langkah saya sebab nk cepat-cepat sampai kat situ. Kalau boleh saya nak berteduh kat situ sampai baju saya kering. Tiba-tiba saya tersepak batu dan jatuh. Lutut dan tapak tangan saya luka sebab terkena batu yang tajam kat tepi padang tu. Saya bangun dan teruskan langkah kat pondok tu. Sampai kat pondok tu saya nangis teresak-esak sebab saya takut bunyi guruh. Lagipun lutut dan tapak tangan saya sakit sangat sebab luka. Bayangkan saya duduk sorang2 kat pondok tu. Dah la cuaca masih gelap. Saya takut sangat-sangat. Tiba-tiba saya dengar suara orang tegur saya. Bila saya toleh belakang, rupa-rupanya awak. Saya rasa malu sangat time tu. Saya kesat airmata saya cepat-cepat. Dari ekor mata saya, saya nampak awak tersenyum. Dalam hati saya mula terfikir macam-macam. Adakah awak akan anggap saya macam budak-budak sebab nangis? Saya termalu sendiri. Kemudian saya tengok awak seluk poket seluar awak. Awak keluarkan sapu tangan awak dan awak bagi kat saya. Awak suruh saya lap luka saya yang berdarah tu. Tak cukup dengan tu, awak bukak sweater yang awak pakai dan bagi kat saya. Baju saya yang basah menyebabkan bentuk tubuh saya terpamer. Jadi saya cepat-cepat pakai sweater awak. Awak memang seorang yang baik. Saya bersyukur sebab awak ada kt situ waktu tu. Sekurang-kurangnya saya tak rasa takut sangat. Lepas saya dah bersihkan luka saya awak mula sembang dngan saya. Mula-mula awak tanya nama saya, lepas tu latar belakang saya, lepas tu tentang kos yang saya ambil kat universiti dan kemudian kita sembang tentang isu-isu semasa. Dalam diam saya gembira sangat sebab saya tau macam-macam tentang awak. Setiap patah ayat yang awak bagi tau saya seolah-olah melekat dalam kotak fikiran saya. Rupanya, awak anak tunggal tapi awak ada adik beradik tiri. Awak berasal dari pantai timur. Ibu bapa awak dah bercerai dan awak tinggal dengan ibu awak yang bekerja sebagai seorang guru besar di sana. Saya dapat rasakan awak sedih bila awak mula berbicara tentang keluarga awak. Walaupun saya bukan dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah, tapi saya faham perasaan awak. Bila hujan dah berhenti, saya cepat-cepat nak minta diri sebab saya ada hal. Saya serba salah nak bagi balik sweater dan sapu tangan awak.Mana tidaknya, sweater awak dh basah dan saputangan awak dah kotor dengan darah. Bila saya tanya kat awak, awak terus tersenyum. Awak suruh saya guna sweater tu untuk balik dan pulangkan kat awak balik suatu hari nanti. Awak minta nombor telefon saya sebab awak cakap awak nak pastikan saya pulangkan sweater adidas awak yang mahal tu. Saya tersenyum mendengar kata-kata awak. Selang dua hari lepas kejadian tu saya terima panggilan telefon dari awak. Saya gembira sangat2. Sejak tu kita start saling berhubung. Kalau sehari saya tak dapat mesej dari awak saya rasa gelisah semacam ja. Saya suka dengan perwatakan awak. Awak nampak matang sangat. Perbezaan umur kita Cuma setahun ja. Tapi saya rasa macam 10 tahun sebab awak matang sangat. Mungkin sebab awak anak tunggal. Jadi awak mesti berdikari untuk menjaga umi awak selepas ayah awak tinggalkan umi awak. Lepas sebulan kita kenal, awak bagi tahu saya awak sukakan saya. Terkejut saya. Saya tak sangka awak pun sukakan saya. Saya memang sukakan awak. Tapi saya takut nak terima awak time tu. Saya takutkan risiko kalau saya kehilangan awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Lepas awk yakinkan saya, saya terus terima awak. Saya cintakan awak. Hari-hari yang saya lalui indah sangat dengan adanya awak kat sisi saya. Saya ingat lagi kata-kata awak. Awak cakap awak mahukan anak yang ramai bila kita kahwin nanti. Kemudian saya bagi tau awak yang saya harapkan anak sulung kita adalah lelaki. Saya mahukan anak lelaki sebab saya harap bila awak tak dapat imamkan solat, anak lelaki kita dapat gantikan awak. Saya juga berharap apabila saya mninggal dunia kelak, anak lelaki kita juga yang akan mengimamkan jenazah saya. Awak cakap awak nak letak nama Mustaqeem kat anak lelaki kita. Bila kita bincang2 balik, kita pilih nama Ammar Mustaqeem jika anak kita adalah lelaki dan Amna Az-Zahra jika anak kita perempuan. Awak memang seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Awak tak pernah tinggikan suara kat saya sepanjang perhubungan kita. Awak terlalu mengambil berat akan diri saya. Saya gembira sangat sebab awak layan saya macam seorang puteri. Dalam hati saya, saya bertekad nak belajar rajin-rajin dan cari kerja secepat mungkin. Lepas tu saya nak kahwin dengan awak. Namun, saya Cuma merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tiba-tiba awak mula berubah sikap. Awak tak lagi macam dulu. Awak mula mengabaikan saya. Bila saya tanya awak cakap awak sibuk dengan assignment. Kadang2 awak sengaja off handphone awak bila saya kol. Saya buntu dengan perubahan sikap awak. Saya cuba selidik diri saya kalau2 saya ada buat salah. Akhir sekali saya nekad untuk pergi berjumpa awak kat universiti awak. Empat jam perjalanan menaiki bas terasa lambat sangat. Saya sengaja tak bagi tau awak sebab saya nak bagi kejutan kat awak. Sampai kat universiti tempat awak belajar saya terus pergi kat asrama awak. Tapi kawan awak cakap awak dah keluar. Saya tunggu awak kat kafe selama dua jam. Bila saya dah nekad nak balik, saya nampak kereta awak masuk kat perkarangan asrama. Hati saya kembali berbunga. Saya terus menuju ke arah kereta awak.awak....!!!! Alangkah remuknya hati saya bila saya tengok awak bersama wanita lain. Awak terkejut dengan kedatangan saya. Awak langsung tak pandang muka saya. Time tu saya rasa bodoh sangat sebab percayakan awak. Airmata saya mula gugur satu persatu walaupun saya bisikkan pada hati saya supaya bersabar. Hati saya bertambah remuk bila wanita yang berada di sisi awak menggelar saya perempuan yang tak tahu malu kerana cuba merampas awak. Bila dia lihat awak berdiam diri, dia semakin giat menghina saya. Awak, apa dosa saya? Kenapa awak diam ja saat dia mencarik-carik maruah saya? Lepas tu saya terus ambil bas dan balik ke kampus saya. Airmata saya tak henti-henti mengalir kerana awak. Saya rasa sedih sangat2. Saat tu semua impian yang saya tanamkan bersama-sama awak mula berlegar-legar dalam kotak fikiran saya. Semakin saya tepis, semakin kuat ingatan saya terhadap awak bertandang. Sepanjang perjalanan saya Cuma mampu menangis. Saya dah tak kisah dengan pandangan orang yag berada di sebelah saya. Yang saya tahu, saya sangat2 kecewa dengan awak. Sampai kampus saya terus menuju kat bilik saya. Saya menangis puas2. Roomate saya Eton tak putus2 memberikan semangat kat saya. Saya dah tak boleh fikir time tu. Hati saya sakit sangat. Saya rasa menyesal sebab jatuh cinta. Kalau saya tahu macam ni rasanya putus cinta, saya tak akan terima cinta awak. Apa yang lebih menyakitkan awak tak hubungi saya langsung. Awak memang dah buang saya jauh-jauh dari hidup awak. Akhirnya saya tertidur bertemankan airmata. Esoknya, saya demam teruk. Saya tak mampu nak bangun langsung. Airmata saya pula terlalu murah time tu. Saya cuba kuatkan diri saya untuk teruskan perjuangan saya menuntut ilmu, tapi saya tak mampu. Saya asyik ingatkan awak. Selama seminggu saya demam. Suatu hari saya dapat panggilan telefon dari rumah. Kakak saya suruh saya balik kampung. Rupa-rupanya mama saya sakit kuat. Semangat saya makin lemah. Saya di uji lagi. Dalam hati saya nekad akan lupakan awak dan akan bersemangat belajar kalau mama sembuh dari sakit. Alhamdulillah..mama selamat menjalani pembedahan dan semakin pulih. Akhirnya saya nekad melupakan awak. Peristiwa saya nyaris kehilangan mama menyebabkan saya semakin kuat untuk menempuhi hidup ni. Saya buang segala barang pemberian awak dan tukar nombor telefon saya. Saya benar-benar nak keluar dari bayangan awak. Alhamdulillah.. Saya tempuhi hari2 mendatang dengan cekal walaupun tanpa awak. Saya tak sangka saya mampu menjadi seorang wanita yang setabah ini. Mungkin awak tak akan percaya saya mampu tersenyum, ketawa dan gembira selepas awak remukkan hati saya. Matlamat saya Cuma satu. Saya nak capai impian saya iaitu menggenggam segulung ijazah. Selepas 5 bulan tanpa khabar, awak tiba-tiba muncul kat asrama saya. Awak cakap awak nak kita jadi macam dulu balik. Awak cakap awak cintakan saya. Awak cakap awak nyesal tinggalkan saya kerana wanita lain. Tapi jawapan saya tetap sama. Saya tak akan terima awak selepas apa yang awak dah lakukan kat saya. Kemudian saya bangun dari kerusi dan terus pergi tanpa menoleh kat awak walaupun berkali-kali awak panggil saya. Saya tak akan percaya lagi dengan kata-kata awak. Sejak hari tu awak selalu hubungi saya. Namun saya tak pernah angkat telefon bila awak telefon saya. Hujung2 minggu awak selalu datang kat kampus saya tapi saya tak pernah keluar untuk jumpa awak. Saya pelik sangat tengok awak. Awak tak jemu ka??? Saya dah berkali-kali cakap yang saya tak akan terima awak kembali, tapi awak tak pernah putus asa. Saya rimas dengan awak. Suatu hari saya nekad nak berhadapan dengan awak. Saya ingat lagi reaksi muka awak saat saya cakap saya bencikan awak sepenuh hati saya dan saya tak akan terima awak kembali dalam hidup saya. Selama ni saya tak pernah cakap saya bencikan awak. Tapi hari tu saya bertekad untuk luahkannya agar awak faham saya memang bencikan awak. Sejak tu awak dah tak ganggu saya lagi. Saya gembira sangat kerana akhirnya awak sedar saya memang bencikan awak. Suatu hari mama telefon saya dari kampung. Mama cakap ada orang merisik saya. Saya tanya pendapat mama. Mama cakap mama memang tertarik dengan lelaki yang mahukan saya menjadi suri hidupnya. Saya Cuma terdiam. Akhirnya saya minta masa tiga hari untuk memberi jawapan kepada mama. Selepas istikharah dan memohon petunjuk dari Allah saya nekad menelefon mama. Saya serahkan masa depan saya di tangan mama. Saya terima apa sahaja keputusan mama. Genap sebulan, mama cakap saya perlu balik ke kampung kerana pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang ke rumah saya. Saya tak tahu apa perasaan saya. Yang pasti saya nekad untuk menjadi isteri yang menyenangkan bakal suami saya. Saya agak gementar kerana saya tak pernah melihat bakal tunang saya. Apabila jari saya disarungkan cincin yang bertatahkan permata, saya mula rasa sebak. Saya sudah sah menjadi tunangan orang dalam usia 21 tahun. Wanita yang menyarungkan cincin ke jari saya tak putus2 mencium pipi saya. Dia membahasakan dirinya umi kepada saya. Melalui mama, tahulah saya bahawa umi merupakan ibu kepada tunang saya. Saya tercari-cari lelaki yang menjadi tunangan saya, namun saya hampa kerana dia tidak hadir pada hari tersebut kerana ada urusan. Tapi mama ada mengatakan gambar tunang saya ada di dalam laci bilik saya. Mama menetapkan dua tahun sebagai tempoh pertunangan kami kerana mama mahu saya tamat belajar sebelum mendirikan rumah tangga. Lagipun, kata mama tunang saya masih lagi belajar. Saya hanya mengangguk taktala mendengar perancangan mama. Tetapi, selepas empat bulan pertunangan saya mama menggesa saya untuk berkahwin. Kata mama, sebelum mama pergi mengerjakan haji, mama ingin melihat saya mendirikan rumah tangga. Mama memang pandai melembutkan hati saya. Seperti biasa saya serahkan semua keputusan di tangan mama. Mama lah orang yang paling sibuk waktu tu. Segala persiapan saya serahkan pada mama.. Seminggu sebelum majlis perkahwinan saya, saya pulang ke kampung. Tapi, waktu saya sampai di halaman rumah saya nampak kereta awak berada di depan tangga rumah saya. Saya panik sangat. Saya takut awak merosakkan majlis perkahwinan saya. Bila saya masuk ke dalam rumah saya lihat mama berbual mesra dengan awak. Saat mama cakap awak adalah bakal suami saya, saya terus lari keluar rumah. Saya menangis kat tepi pokok jambu air rumah saya. Saya menyesal sebab tak teliti semasa mama suarakan hasratnya untuk menerima pinangan awak.Saya menangis sepuas-puasnya. Kemudian saya lap airmata saya bila saya sedar awak duduk di sebelah saya. Saya minta awak batalkan perkahwinan kita, tapi awak cakap awak terlalu sayangkan saya. Sampai hati awak. Awak gunakan mama untuk melembutkan hati saya. Memang...Mama terlalu gembira dengan perkahwinan saya. Saya tak sampai hati nak hancurkan kegembiraan mama. Saya terpaksa akur dengan takdir yang menimpa saya. Menjelang hari perkahwinn kita, saya masih seperti dulu. Saya tak dapat terima awak. Saya terpaksa kerana saya sayangkan mama. Saat awak melafazkan akad, airmata saya mula bergenang. Bila saya sah menjadi isteri awak, airmata saya gugur satu persatu dan semakin lama semakin lebat. Ini bukan airmata bahagia tapi ini airmata duka. Saya semakin takut untuk memikirkan hari2 yang bakal mendatang. Saya takut.. kemudian awak masuk ke dalam kamar saya sewaktu upacara pembatalan air sembahyang. Teguran mama membuatkan saya sedar dari lamunan saya. Saya salam tangan awak, saya cium tangan awak. Lepas tu, awak kucup dahi saya. Belum sempat saya tundukkan wajah saya awak lap air mata saya yang masih bersisa di pipi saya. Saya Cuma terdiam walaupun hati saya memberontak. Kehadiran mama dan kawan2 saya dalam kamar tu menyebabkan saya tak mampu bersuara. Saya Cuma ikut segala arahan-arahan mereka sewaktu bergambar. Saya dapat rasakan betapa palsunya senyuman saya ketika itu. Saya geram sangat bila awak peluk saya,saya marah sangat bila awak sentuh saya dan saya benci sangat bila awak ketawa mendengar usikan kawan2 saya. Malam tu lepas habis solat isyak berjemaah di ruang tamu, saya termenung di dapur. Saya tengok awak rancak berbual dengan abang2 saya. Time tu fikiran saya kosong sangat2. Saya alihkan pandangan saya pada peti televisyen apabila saya sedar awak curi-curi memandang wajah saya. Saya betulkan tudung yang melekap di atas kepala saya. Tepat pukul 11 malam, mama datang ke dapur. Semua orang nampak mengantuk dan mula masuk ke bilik masing2. Mama pesan pada saya yang awak minta saya bawakan air kosong kat awak. Saya tuangkan air dan bawa ke ruang hadapan, tapi awak tak ada di sana. Bila saya tanyakan pada mama, rupa-rupanya awak tunggu saya di dalam bilik. Saya melangkah ke dalam bilik dengan hati yang resah. Apabila saya masuk ke dalam bilik, awak suruh saya berwudhuk sebab awak nak kita sama2 mendirikan solat syukur. Saya akur dengan perintah awak. Malam tu saya solat berimamkan awak. Akhir sekali awak berpaling mengadap saya. Saya salam tangan awak dan cium tangan awak. Belum sempat saya bangun awak cium ubun2 saya. Saya terdiam tanpa suara. Saya perasan awak asyik perhatikan saya sewaktu saya membuka telekung saya. Saya faham maksud pandangan mata awak. Awak hampiri saya. Awak belai rambut saya. Mata awak tak berkelip memandang saya. Awak peluk pinggang saya. Tiba-tiba saya tepis tangan awak. Kemudian airmata saya mula gugur satu persatu. Saya mula luahkan segala yang terpendam dalam hati saya kat awak. Sesungguhnya, saya tak dapat terima awak dalam hidup saya sebab saya bencikan awak. Saya perlukan masa untuk redha dengan takdir yang menimpa saya. Lepas awak dengar penjelasan saya, awak pimpin saya ke katil. Awak selimutkan saya dan suruh saya tidur. Awak, saya sedar yang malaikat akan melaknat saya sehingga ke subuh kerana saya menafikan hak awak. Saya benar2 rasa bersalah, namun apabila memikirkan awak gunakan cara yang salah untuk memiliki saya perasaan bersalah saya hilang macam tu jer. Saya biarkan saja awak tidur kat atas sofa di malam pertama kita. Esoknya, awak kejutkan saya untuk solat subuh berjemaah. Selepas memberi salam, awak toleh belakang dan mula berbicara dengan saya. Saya ingat lagi kata2 awak. Awak cakap awak tak akan paksa saya dan awak nak saya jaga diri saya baik2 kerana saya sudah menjadi isteri awak. Awak juga suruh saya belajar rajin2 sebab saya masih ada dua tahun sebelum menamatkan pengajian saya. Sedangkan awak sudah berada di tahun akhir. Awak juga minta saya cuba menerima awak dan belajar menyayangi awak. Saya Cuma mengiyakan segala kata2 awak. Dalam hati saya, saya tak sabar2 untuk pulang ke kampus dan bebas dari awak. Saya yakin jarak universiti kita yang jauh akan memberi saya banyak ruang untuk berjauhan dengan awak. p/s: bersambung....hehehehehe

Kamu... Boleh aku bertanya...?

Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..

Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya..

Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku



Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku..

Kamu.. boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...

Bahagia Tak Mahu Jejaki Aku



Membaca puisi cinta.. puisi rindu
...termanggu hati ini lagi
merintih rindu yang satu
tak sanggup menerima hakiki
apa asa ku laksana kelabu
kabur panggilan serasa hati
Bukan aku tak mahu 
Bukan aku tak lari
Bukan aku tak buang
Bukan aku tak CUBA
... melupa kamu
... menyingkir kamu
... menyisih kamu
dari puspa rindu hati ku
Alam..
pujuk lah hati ku
Bulan..
sejuk kan hati ku
Hujan..
lemas kan rindu ku
Aku tiada daya lagi 
Aku tiada daya lagi
Aku tanpa daya lagi
... merawat sendiri rindu ini
... membebat sendiri luka ini
... menyandar sendiri pada harapan
Pilu ini susungguhnya 
menifestasi kasihku
yang tiada cabang
satu arah yang lurus untuk hati nya
adakah... ini..
suratan perpisahan
Aduhai
                                                           bahagia tak mahu jejaki aku..
             _______________                      ______________
             |                            |                      |                            |
             |            (-)            |___________|            (-)            |
             |______________|                      |______________|
                                                (      )


            ___________________________________________
  

adakah anda seperti wajah d ats bila menghadapi masalah__Mr.Ameer empunya wajah i2,,,,
   








                                                      fake!! haha!

Wednesday 30 May 2012

~N.F.N.B.A.R~

Awk,,knp awk pergi???,,awk tau tak,,sy perlukan awk,,,awk cinta pertama sy,,,sy rindu kat awk,,sy harap awk dgr rintihan hati sy nie,,,knp awk tak ckp kat sy yg awk 2 sakit,,,knp??,,,knp awk pergi d saat sy mencintai awk??knp??engkau pergi tanpa adanya kepastian cinta,,hanya aku cinta kau seorang,,,____
________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
hidup ini umpama lukisan,, 
tanpa warna,,
lukisan itu akan menjd kosong,,,
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
n.f.n.b.a.r___________________________________________________________

_Rasa Hati_

  _________________cinta tak semestinya indah_________________
___adakah cinta menyakiti??_________ya,,,,cinta itu menyakitkan_____
_____adakah rasa syg itu sua2 kebahagiaan??_____tidak,,,____________
kerana____cinta dtg tanpa d undang____pergi tanpa belas_____





____hidup ini tidak adil___

Monday 7 May 2012

KaU?? PiLiHan Hatiku??

Berdiri ku disini hanya untukmu/Dan yakinkan ku untuk memilihmu/Dalam hati kecilku inginkan kamu/Berharap untuk dapat bersamamu/Aku kan ada untuk dirimu/Dan selalu tuk mu/Terlukis indah raut wajahmu dalam benakku/Berikan ku cinta terindah yang hanya untukmu/Tertulis indah puisi cinta dalam hatiku/Dan aku yakin kau memang pilihan hatiku..
Ya Allah.. Benarkah dia pilihan hatiku? Apa benar dia yang Engkau pilihkan untukku? Setiap saat dalam kesendirianku, terbayang selalu wajahnya. Aku ingin menghempasny dan semua tentang dia. Bukan karena aku tidak mencintainya tapi aku takut semakin aku memikirkan dia, aku semakin ingin bersamanya dan memilikinya. Padahal aku tahu itu hal yang sulit. Hal yang aku tak yakin dapat terjadi dalam hidupku ini.
Walaupun cuma sebentar, aku ingin sekali merasakan kebersamaan dengannya. Seperti yang selama ini aku mimpikan di setiap tidurku. Aku tak tahu mimpi itu kiriman setan ataukah anugerah teriandah dariMu agar aku bisa merasakan sedikit bahagia. Yang pasti, aku ingin dia tahu tentang perasaanku. Tapi bagaimana bisa aku melakukan itu?
Aku tak punya sesuatu yang pantas untuk dibanggakan olehnya. Akupun tak yakin apa aku ini berhak atas cintanya. Aku hanyalah angin. Yang mungkin ditunggu saat dia butuh dan saat dia puas akan kehadiranku, dia akan pergi meninggalkanku dan mencari tempat untuk melupakan hembusan anginku.
Semakin hari aku semakin suka, semakin cinta (maybe) dan semakin ingin bersamanya. Tapi waktu itu, semakin hari semakin habis.. Waktu yang kubutuhkan untuk sekedar melihat senyum manisnya. Waktu yang kubutuhkan untuk mendengar suaranya. Waktu yang kubutuhkan saat bernapas di udara yang sama dengannya. Waktu itu semakin hari semakin habis. Apa yang harus aku lakukan?
Seadainya aku bisa membaca hatinya. Seandainya dia benar-benar menyukaiku. Seandainya dia sebagai laki-laki punya keberanian itu. Seandainya dia punya keberanian untuk mematahkan keragu-raguanku. Seandainya dia menemaniku di sisa waktuku bersamanya. Aku ingin bersamanya Ya Allah.. Tapi aku tahu, jika memang dia bukan tertakdir kumiliki, aku takkan memaksa.
Cinta itu, semakin lama semakin dalam. Semakin pahit karena tak sanggup meraihnya. Aku ingin menangis di bawah lautan bintang malam ini. Tapi untuk apa aku menangis? Untuk semua perasaan yang tak terungkapkan? Atau untuk kesia-siaan yang selama ini aku perjuangkan walaupun aku tahu tak ada yang sia-sia di bumi ini?

Thursday 3 May 2012

Terima Kasih Awak!

Assalamualaikum,,
    Awk sihat?? sy harap awk sentiasa sihat,,awk,,,sy nak awk tau sy slalu merindui
awk,,sy syg awk sangat2,,maaf sebab sy tinggalkan awk,,,n sy paksa awk pilih 
Emeriss,,,sy tau awk taknak pilih dia,,tp,,awk,,dia dah banyak bantu sy semasa sy
sakit dulu,,dia suka kat awk,,dia perlukan awk lebih dr sy memerlukan awk,,awk,,
sy pun sedih sebab terpaksa melakukan perkara nie,,sy sedih sangat2,,susah utk sy
lupakan awk,,,sakit,,tau tak??sakit sangat2,,sy harap awk bahagia dgn dia,,lupakan
semua kenangan kita dulu,,lupakan sy,,n sy nak awk anggap sy tak pernah wujud 
dlm kamus hidup awk,,sy terlalu bodoh utk awk,,sy lelaki penakut utk awk,,
pergilah dkt emeriss,,dia lebih perlukan awk,,..

                                                                               _terima kasih ALLAH_
                                                                                 -secret heart-_ryzal adam_



seandainya kau bkn takdirku kasih,,,
Izinkan ku Pergi,,,

Wednesday 2 May 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkaumurkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu

Dekatlah Aku Kepada Orang Yang Ingin Dekat Padamu, Ya Allah

Ya Allah..
Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…

Ya Rabb..
Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….
Ya Rabb…
Tuntunlah Hati hambamu ini  agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku.

Ya Rabb,,,
Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.
Tapi kalau bukan dia yang terbaik, Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekaguman ku sama seperti orang lain kagum padanya, Engkaulah Maha Mengetahui. Maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu..
Aamiin ya Rabbal’ alamiin

Puisi Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu..
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta terlarang..
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu..

Wahai Jiwaku Yang Tenang

Hari ini dia kelelahan lagi. Kelelahan kerana rasa itu yang tunda menunda di dalam hati.
Suatu bunga rasa yang merobek tangkai jiwa, mencarik-carik segumpal daging bernama hati menjadi cebisan-cebisan kecil. Lantas luka itu dicurah dengan air laut, sungguh pedih, sungguh resah, sungguh lelah!
Entah kali ke berapa rasa itu menyeksa nalurinya. Sungguh galau. Mengapa begini? Hairan sungguh. Seingatnya, dia tidak pernah begini. Rasa itu tidak pernah menyinggah hatinya. Alangkah begininya perasaan itu. Alangkah! Mungkin kecewa dengan diri, atau mungkin sebenarnya lebih dari itu, bahagia dengan kuntuman rindu dan penuh harap.
Ah! Akhi itu benar-benar membuatnya cemas dan tewas. Dia tidak pernah berperasaan begini seingatnya. Sudahnya, dia hanya diam sahaja. Biarlah rasa itu dia simpan kemas sendiri. Sekejap. Erat. Hanya antara dia dan Allah S.W.T. Dan pada setangkai doa yang diraut, diadu, diratap di hadapan Allah S.W.T dalam lena dan dalam jaga.
BULAN BERUBAH WARNA
Hari itu dia kesiangan. 7.30 pagi! Belum pernah dia bangun untuk solat Subuh selewat itu. Dalam penyesalan dan istighfar dia meraup mukanya, lantas mengatur langkah ke bilik air.
"Ya Allah, apa sudah jadi ni." bisik hati kecilnya.
Pagi itu, akhirnya Mardhiyyah mengangkat takbir dengan hati yang sebal dan penuh persoalan. Kenapa boleh jadi begini? Biasanya dialah orang pertama yang akan bangun bertahajjud, seterusnya mengejutkan teman sebiliknya, lantas berjemaah di surau kolej. Kebetulan pula Aina Fasihah menghadiri seminar tiga hari di JAKIM, dan Nurin uzur syar'ie.
"Erm.. terlewat bangun ke? Maaf tak kejut. Biasanya awak bangun awal." Nurin menggosok-gosok matanya.
"Eh, tak mengapa, bukan salah Nurin. Mungkin sebab tidur lewat semalam." suara Mardhiyyah kedengaran lemah.
Selebihnya dia bermonolog sendirian dalam diam.
Ya Allah, mungkinkah disebabkan sebelum tidur tadi aku teringatkan Fawwaz dan tidak mengingati dan menyebut nama-Mu?
Dan aku terlupa membaca al-Mulk. Ya Allah, maafkan aku.
Bagaimana dengan solat Tahajudku?
Semenjak hayat kedewasaanku ini, sudah jarang aku meninggalkan solat malam.
Memang semalam dia teringatkan Fawwaz sebelum tidur. Biasanya sebelum tidur dia akan membaca al-Mulk dan membaca doa-doa serta surah-surah pendek sebagai pendinding diri. Namun pulang sahaja dari 'meeting' semalam, sekitar jam 11.45 malam, khusus membincangkan tentang gerak kerja Pilihan Raya Kampus yang bakal menjelang, dia merasa sungguh letih.
Letihnya di tahap luar biasa, dengan kuliah dan tutorial seawal jam lapan pagi. Juga letih serta lelah malah sakit mencengkam lubuk jiwa. Mengapa dalam 'meeting' itu dia harus juga hadir!
Usai sampai ke bilik, dia menghenyakkan tubuhnya ke katil. Sungguh penat dan lelah. Namun Mardhiyyah tersenyum jua. Memandang wajah akhi itu mendatangkan ketenangan ke lubuk jiwanya yang terdalam.
"Sudah dua hari aku tercari-cari wajahnya. Mungkin jodoh aku bertemunya malam ini."
Sudahnya, dia mengambil mp3 playernya dan menyumbatnya ke telinga. Biasanya tangan mulusnya akan dipetik ke 'folder' bacaan al-Quran. Itu yang biasa dilakukan jika dia tidak dapat melelapkan mata.
Menghayati bacaan Syeikh Saad Sa'id Al-Ghamidy atau As-Sudaisy yang menggetarkan dan mengharukan itu, juga Qari 'favourite'nya, Syeikh Tawfeqh As-Sayegh; terkadang dia turut larut tenggelam dalam bacaan bersama linangan air mata. Atau sekadar melayani celoteh DJ stesen radio pilihannya, IKIM.fm, dengan info dan tazkirah penyubur jiwa.
Tetapi, tangannya terhenti pada lagu itu. Albi Nadak. Bayangan Fawwaz dalam meeting itu menerpa kembali. Seperti biasa, dengan kewibawaannya berhujah dan memberi pendapat. Belum dikira renungan dan senyuman spontannya.
Lik
Ana milkilik.......
Alangkah indahnya andai dia menjadi milikku. Dan aku akan mempunyai seorang mujahid yang akan sama-sama berjuang bersamaku. Akanku kuatkannya tika dia goyah, dan pastinya dia akan selalu membisikkan kata-kata perjuangan buat membakar semangatku.
Akan kulahirkan tunas-tunas comel yang akan mewarisi perjuangan kami, bahkan sebenarnya merupakan rintisan perjuangan Baginda S.A.W.
Akan kusayangi dia sepenuh jiwa dan ragaku. Kerana pasti aku yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertinya. Akanku sedaya upaya cuba untuk menghadiahkan 'solehah'ku padanya, agar sejuk mata hatinya dalam bahtera rumahtangga kami. Tentu sekali aku kan bahagia.
Mana mungkin aku tidak akan bahagia. Peribadinya cukup meyenangkan. Senyumannya cukup mendamaikan. Penampilannya sederhana dan memikat kalbu. Sentiasa tawadhuk. Paling aku terpikat pada karakternya yang nampak serius di luar. Namun sebenarnya boleh tahan kelakar.
Dan paling mengharukan, dia seorang Hafiz! Apa lagi yang diperlukan dari seorang peribadi bernama Fawwaz. Pendek kata, aku tidak sanggup untuk mencintai orang lain selain darinya. Sungguh hatiku bernyanyi begitu."
Dan nyanyian jiwanya yang sarat itu berlagu-lagu di dalam lenanya tanpa dakapan al-Mulk dan tiga Qul, tanpa selimut air wudhuk dan tanpa sinar Qiamullail.
WAHAI JIWAKU YANG TENANG!
Pagi sehening itu, Mardhiyyah mengatur langkah ke surau kolej. Di saat ini hatinya sudah tidak keruan lagi. Kalau ditoreh dengan belati tentu sudah tidak berdarah lagi. Kalau dihempap dengan gunung pun entah bagaimana halnya. Yang ada di fikirannya adalah dia. Hanya dia.
"Ya Allah, aku rindukan dirinya. Aku inginkan dirinya untukku. Betapa beratnya perasaan ini Ya Allah."
Dalam sedu sedan istikharah penuh harap, Mardhiyyah mengadu pada Ilahi Rabbi. Air matanya bercucuran merindukan akhi itu. Sudah lama dia tidak melihat Fawwaz. Mengikut cerita teman-teman, dia pulang ke kampung.
Ah, mengapa ramai benar yang suka bercakap tentangnya. Jika namanya terluncur di bibir akhi lain, hatinya bergetar hebat, dan saat namanya disebut di kalangan sahabat muslimatnya, hatinya sungguh hancur dan resah.
Mengapa ramai benar yang menyukainya?
Dia berjalan longlai. Usai mandi pagi itu, dia terus mengatur langkah ke surau. Masih awal rupanya. Waktu Subuh belum tiba. Suara unggas-unggas sungguh hening dan hiba, sehiba hatinya yang kerinduan. Sebelum ini, kerap juga dia terserempak dengan akhi itu di hening Subuh begini. Berpapasan ke surau.
Di kala begitu, dia melambatkan langkah, biar saja akhi itu mendahuluinya. Ataupun mana-mana muslimin lain. Tidak pantas seorang muslimat untuk berjalan dan buru-buru di hadapan lelaki ajnabi.
Biar saja mereka berjalan dulu. Itu lebih afdhal. Seperti halnya yang dilakukan Nabi Musa saat berjalan bersama Shafra yang menjemputnya.
Sesampai di surau, ternyata tiada siapa-siapa. Tiada sahabat muslimin apatah lagi muslimat. Hatinya terasa sunyi dan pilu, sepertimana sunyinya keadaan surau di waktu fajar itu. Dia masuk dan lantas mengambil senaskah al-Quran, lalu duduk bersimpuh.
Mardhiyyah memeluk al-Quran itu lantas menciumnya. Matanya terasa panas dan hangat. Dia membuka al-Quran untuk mencari petunjuk. Awal pagi sebelum tidur semula tadi dia usai solat istikharah. Hatinya berkecamuk kerana tiada petanda.
Mungkinkah hatinya sungguh berkarat dan berlumut, lalu Allah memberi hijab?
Air matanya tumpah. Mengapa murah benar air matanya dua tiga hari ini? Mungkin rindu sungguh. Ah, sungguh penasaran. Hati yang sungguh berkecamuk dan diadun seribu satu rasa. Lantas dia teringat pada coretan ringkas yang dibuat di hujung nota Falsafah Islam semalam.
Dua tiga hari ini aku tidak melihatmu. Di mana-mana kucari wajahmu. Namun kau tiada.
Di mana dirimu?
Bagaimana keadaanmu?
Lalu aku melalui jalan-jalan kerinduan nan hiba namun kau tiada jua. Allah sampaikan perasaan ini pada dia. Harapanku, semoga benar aku dari rusuknya.
Dia membuka kitab suci itu secara rawak. Lantas membaca ayat yang dipilih secara rawak mengikut gerak hati. Inilah yang dibiasakannya jika dia dalam kebuntuan dan keresahan. Ternyata hal ini biasa menjadikannya tenang.
"Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka: "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar.
Ayat ini ternyata menyejukkan mata hatinya. Syurga untuk mukmin laki-laki dan perempuan? Tentu sekali juga untuk suami dan isteri yang berkasih sayang kerana Allah. Bibirnya menguntum senyum sekilas. Lantas dia membelek lagi naskah al-Quran itu mengikut kata hatinya. Dan tangannya terhenti.
"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang , maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir."
Nalurinya bergetar. Mardhiyyah merasa sungguh terkesan.
Neraka? Kehidupan sekarangkah yang kuinginkan? Mengigaukan seseorang yang bukan hak? Ah, dia jadi buntu.
Dia membelek buat kali ketiga. Saat ini air matanya semakin galak. Gerun dengan gambaran neraka yang maha azab. Adakah selama ini dia sudah tersasar jauh? Matanya tertancap pada Surah al-Mukmin, ayat 55:
"Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi."
Ah, serasa pujukan Allah S.W.T itu mengena jiwanya.
Adakah aku sudah salah selama ini?
Perasaan yang suci ini adakah sudah tercemar?
Mungkinkah aku yang tidak sabar, atau akukah yang tidak yakin dengan janji Allah S.W.T?
Tangisannya semakin melebat diikuti esakan kecil. Namun, dia mencuba menahan esakannya, kerana lampu di bahagian lelaki sudah terpasang. Mungkin sudah ada yang datang untuk menjadi imam.
Seketika azan dilaungkan penuh syahdu. Ini suara yang kurindui selama ini! Air matanya kembali melebat. Kenapa sekarang perlu hadir pula.
Ya Allah, apakah maksud dari segala ini? Hatinya berkecamuk dan fikirannya berpusing.
Usai azan, suasana kembali hening. Mardhiyyah mengangkat takbir untuk solat sunat Qabliyyah, sambil menyeka air mata yang berbaki. Namun hatinya masih dalam kebingungan bernada riang.
Usai solat qabliyyah, masih tiada jemaah muslimat yang datang. Di bahagian muslimin, turut senyap dan sunyi. Namun itulah fenomena dasawarsa ini pada atmosfera kampus.
Tarbiah dan program ilmiah tidak mendapat sambutan. Namun, pada program dan aktiviti berunsur hiburan dan liburan, sungguh ramai warga kampus berpusu-pusu! Suatu kebobrokan intelektualisma dan insaniah!
Tiada laungan Iqamat. Aneh.
"Assalamualaikum, erm.. enti dah solat?"
Ya Allah, hatinya tersentak. Itu memang suaranya! Seseorang yang dirindui seputar tiga empat hari ini. Dia seperti mahu menangis semula.
"Waalaikumusslam.. erm.. belum.." Mardhiyyah menjawab dengan baki suara yang ada bercampur nada serak.
"Baguslah, boleh solat jemaah bersama, sebab muslimin lain tak ada.." balasnya.
"Erm..ya.." jawab Mardhiyyah ringkas.
Entah mimpi apa, aku solat jemaah dengannya pagi itu. Bukan tidak selalu aku solat diimamkan olehnya, namun hari ini kami berdua sahaja! Tanpa orang lain. Hatiku berbunga bahagia. Alangkah indahnya solat berjemaah dengan orang yang dicintai! Hanya berdua. Gambaran rumahtangga yang sakinah dan dirahmati terapung di mindaku.
Saat Ahmad Fawwaz Auza'iy mengangkat takbir penuh ketenangan, hati Mardhiyyah al-Hasanah diamuk perasaan yang mencengkam. Sungguh hening keadaan tika itu. Dan tika dia mula membaca al-Fatihah, Mardhiyyah larut dalam bacaannya yang penuh teratur.
Terasa ada hembusan yang sejuk turun dari langit dan menyentuh ubun-ubun, lantas menyelinap ke rongga jiwa. Pada rakaat kedua, Fawwaz membaca surah al-Fajr.
Bacaannya sungguh lembut dan mendamaikan. Sesekali ditekan, menyebabkan sesiapa yang mendengarnya terasa syahdu, dan kelopak mata terasa hangat, bergetar hati dengan bacaan ayat Ilahi.
Dan tiba ke beberapa potongan ayat terakhir, jiwa Mardhiyyah tersentak hebat.
Ya ayyatuhannafs al-muthmainnah,
Irji'i ila rabbiki raadhiyatan mardhiyyah,
Fadkhuli fi 'ibadi,
Wadkhuli jannati.
Hai jiwa yang tenang,
Kembalilah Kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya,
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
Saat bibirnya lembut menuturkan kalimah 'Mardhiyyah', hatiku bertambah derunya. Kalimah itu seolah-olah penuh nasihat yang lembut. Sungguh jiwaku tidak tenang selama ini. Aku menjadi pemburu bayang-bayang yang tidak pasti dapat kugapai. Terkadang aku ke program dan kuliah untuk menjadi pemerhatinya yang setia.
Walau dia dekat denganku, namun boleh jadi dia bukan untukku. Terdapat pelbagai kemungkinan yang sedia direncana oleh Allah S.W.T. Bukankah aku sendiri yang selalu berdoa usai Ma'thurat, agar janganlah nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walau sekelip mata cuma. Alangkah jika dia bukan tercipta untukku.
Alangkah. Lalu, bagaimana pula halnya dengan insan yang hak untukku nanti?
Tidak adil untuknya bukan?
Seketika itu, air mataku tambah melebat. Dan aku menghabiskan solat fajar itu dengan air mata yang aku tahan.
Begitu jua saat akhi itu berdoa tulus, muzakarah usrahku pada hari Selasa yang lepas terngiang-ngiang menerpa.
"Jikalau begitu kak Husna, berdosakah untuk berperasaan sebegitu? Ternyata itu perasaan suci anugerah Ilahi, suatu fitrah insani." Aku pura-pura bertanya secara umum.
"Ya, perasaan yang suci, bernada ujian buat hamba-Nya yang dikasihi. Terserah untuk kita bagaimana. Yang penting, ternyata ketenangan itu tidak ada jikalau kita terlalu menurut hawa nafsu sendiri. Sudahnya kita kelelahan. Hindarilah dari terlalu berharap, bimbang kecewa nanti. Bimbang jika perasaan itu memenuhi ruang lebih dari perasaan kita pada Allah. Yang pastinya, Allah bakal mengabulkan permintaan itu jikalau sememangnya dia pantas untuk kita. Berdoa sahajalah yang terbaik untuk diri, walau siapapun dia. Kita tidak tahu akan rahsia Allah S.W.T. Sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang tersirat, siapalah kita yang lemah dan hina ini."
Begitupun saat akhi itu melantunkan bacaan bernada tarannum usai solat Subuh tersebut, sedang aku menahan esak tangisku di belakang. Dan pagi Ahad yang hening itu, aku beriktikaf di surau sehingga membawa ke waktu Zohor.
"Pergilah akhi. Biarkan hatiku sendiri. Maafkan aku akhi. Tidak aku sangka aku pernah senyum, menangis dan kegelisahan keranamu. Maafkan aku wahai bakal rafiq hidupku. Walau siapapun engkau, dari mana pun engkau, doakanlah aku di sini, untuk kuat menyimpan hati ini padamu. Ya Allah, penuhkan cinta-Mu dalam qalbuku agar aku tidak lemas dalam cinta yang tidak halal untuk diriku."
Hai jiwa yang tenang,
Kembalilah kepada Tuhanmu.
Dan ternyata hal itu boleh membuatkan dirinya tenang! Dan ikhlas dalam perjuangan!

Sunday 29 April 2012

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN



6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN


Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail... as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. 

Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...

" Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

1.  Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * 
2.  Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * 
3.  Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * 
4   Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * 
5.  Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * 
6.  Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari. 

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.