Koleksi


Gitar






Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga salah satu alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik bluesdesaflamencorock dan banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada kebiasaannya juga terdapat enam tali yang boleh dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan, sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh tukang lut (luthier). Gitar boleh dimainkan secara akustik atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya membolehkan manipulasi nada secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan telah memberi kesan yang mendalam padabudaya popular.


Gitar klasik


Gitar semi akustik

Gitar Sepanyol

Gitar pelik: Moodswinger namanya.

Gitar eletrik bass bertali lima.

Plektrum digunakan sebagai pemetik.













Basikal Fixie – Berbaloi atau Tidak



Tahukah anda pada basikal yang dinamakan ‘Fixie’ ?
Harganya boleh tahan dikatakan agak mahal juga. Menurut informasi dari kawan adik saya harganya yang paling murah bermula dari RM500 dan boleh mencecah ribuan Ringgit Malaysia bagi seunit. Walaubagaimanapun, saya rasa harga tidaklah menjadi masalah jika ia adalah suatu minat. Ditambah pula, aktiviti berbasikal Fixie ini adalah suatu aktiviti yang berfaedah disamping menyihatkan.
Aktiviti berbasikal Fixie ini juga dapat membuatkan kalangan remaja ini berkenalan dengan ahli geng basikal yang lain. Paling tidak, tidaklah masa terbuang begitu sahaja dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan membuang masa. Tambahan, ia dapat juga mengelakkan remaja2 dari me’rempit’ dengan motosikal. Cubalah me’rempit’ dengan menggunakan basikal ini jikalau hendak menjerumuskan diri ke dalam longkang yang berhampiran kerana kebiasaannya basikal ini tidak dilengkapi dengan brek tetapi jikalau kepada yang baru mencuba itu sememangnya disarankan memasang brek.
Berbalik ke zaman saya kecil dahulu sememangnya saya berminat untuk menunggang basikal. Dahulu, brand yang kerap & terkenal digunakan mestilah ChopperGT dengan BMX. Memang memasang ‘Fork’(batang besi pendek berupa silinder – dipasang di rim basikal untuk membolehkannya dipijak) adalah kewajipan jika memiliki basikal jenis GT atau BMX. Bila telah dipasang ‘Fork’ di tayar depan atau belakang,handle akan boleh dipusing bagi membuat aksi ‘Freestyle’.Berbalik kepada tajuk, Fixie merupakan nama yang timbul daripada perkataan “fixed-gear” kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Ia bermakna tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak. Oleh sebab ini basikal Fixie tidak mempunyai brek & untuk memberhentikan basikal ini haruslah menggunakan kaki bahkan ia boleh dikayuh mengundur.Agak menarik kan..??

Dalam artikel kali ini saya juga ingin berkongsi 10 Fakta menarik berkenaan basikal Fixie ini:
1. Basikal Fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
2. Basikal Fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
3. Untuk memberhentikan basikal Fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
4. Sesetangah penunggang Fixie berpendapat basikal Fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
5. Basikal Fixie tidak mempunyai gear.
6. Harga basikal Fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
7. Penunggang Fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal Fixie beramai-ramai.
8. Seperti basikal BMXFixie juga mempunyai skill atau trick yang tersediri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
9. Basikal Fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana pada basikal biasa anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
10. Sesetengah penunggang berpendapat menunggang Fixie memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.

No comments:

Post a Comment